Tuesday, September 8, 2009

AMALAN KEBERSIHAN

KEBERSIHAN DIRI
Tabiat yang bersih dan penjagaan kebersihan diri seharusnya diamalkan pada setiap masa.
1. Elakkan dari menyediakan makanan jika menghidap penyakit berjangkit
2. Rambut hendaklah ditutup dengan skarf atau kep
3. Tangan hendaklah dibersihkan sebelum menyentuh makanan
4. Pastikan memakai apron yang bersih
5. Balut semua luka dengan pembalut kalis air
6. Mengamalkan tabiat yang bersih. Elakkan daripada bersin, batuk, merokok atau meludah di hadapan makanan.

KEBERSIHAN SEWAKTU MENGENDALIKAN ALATAN

1. Pakailah apron yang bersih.
2. Cuci tangan sebelum memegang makanan dan selepas ke tandas.
3. Batuk atau bersin jauh dari makanan ke dalam sapu tangan.
4. Dilarang merokok semasa menyediakan atau memegang makanan.
5. Jangan menjilat jari semasa menyedia dan memasak makanan.
6. Cuba lauk dengan menggunakan garfu.
7. Cuci perkakas dan tangan dengan baik selepas memotong makanan segar seperti daging, ikan.

KEBERSIHAN SEWAKTU MEMASAK MAKANAN

1. Pastikan alatan tidak retak atau sumbing dan dicuci dengan bersih.
2. Pastikan camca untuk merasa makanan dibersihkan sebelum digunakan
3. Pastikan permukaan meja kerja sentiasa bersih
4. Semua alat yang kotor hendaklah dicuci dengan segera. Jangan dibiarkan dalam sinki atau atas meja.
5. Gunakan tuala yang khusus untuk mengelap tangan, pinggan mangkuk dan meja. Jangan menggunakan tuala secara bercampur aduk bagi kerja-kerja yang berlainan.

KEBERSIHAN SEWAKTU MENYAJIKAN MAKANAN

Perkara yang berikut harus dititik beratkan semasa menyajikan makanan.
1. Hidangkan makanan di dalam alatan menghidang yang bersih dan tidak retak atau sumbing.
2. Tutup semua makanan supaya tidak dihinggapi lalat atau serangga lain.
3. Gunakan perkakas yang sesuai dan bersih untuk menghidang makanan yang telah dimasak.
4. Ambil makanan yang telah dimasak dengan alat yang bersih seperti penyepit, camca atau garpu.
5. Hidangkan semua makanan yang telah dimasak dengan segera.

0 comments: