Tuesday, September 8, 2009

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DI DAPUR

KESELAMATAN DIRI
1. Kerja dengan tenang.
2. Gunakan baju yang ringkas daripada kain yang tidak mudah terbakar seperti kain kapas.
3. Lantai mestilah kering, tidak bersepah dengan makanan dan tidak terlalu licin.
4. Ikatkan rambut yang panjang atau gunakan net/topi supaya rambut tidak jatuh ke dalam makanan atau tersangkut kepada alatan yang sedang bergerak seperti alat pengadun kek, mesin basuh kain dan kipas.
5. Gunakan kasut yang bertapak getah, padan, bertumit rendah, selesa dan bertutup.
6. Jalan dengan cergas, tetapi jangan sesekali berlari.

KESELAMATAN ALATAN
1. Padamkan suis utama sebelum memasang plam atau plag. Tangan mestilah kering.
2. Gunakan kain ketuhar atau kain memegang periuk ketika mengangkat periuk dan kuali panas.
3. Kacau dengan senduk kayu atau senduk bertangkai kayu.
4. Jika hendak tuang air panas, bawakan teko/ besen basuh kepada cerek air panas.
5. Hiris makanan arah kebawah di atas papan pencincang.
6. Lap mata pisau dengan menghala sebelah yang tajam jauh daripada anda. Jangan sekali-kali tinggalkan pisau atau benda yang tajam di dalam besen berisi air.
7. Buangkan penutup tin untuk mengelakkan diri daripada terluka
8. Apabila menghulur barang tajam seperti pisau atau gunting kepada orang lain, hulurkan tangkainya dahulu.
9. Gunakan pelapik periuk untuk mengalas periuk panas.

KESELAMATAN DI DAPUR
1. Labelkan semua bekas barang dengan cermat.
2. Jauhkan dapur daripada permukaan-permukaan kayu.
3. Tangkai cerek dan periuk mestilah ke dalam.
4. Periksa tiub gas dari masa ke semasa.
5. Barang-barang yang mudah terbakar seperti kain pencuci dan minyak tanah mestilah disimpan jauh daripada api.
6. Nyalakan gores api sebelum memasang gas.
7. Jauhkan kepala anda dari ketuhar apabila memasng api ketuhar.
8. Buka pintu ketuhar sebelum memasang api.

0 comments: